Penulisan blog mempunyai matlamat dan tujuan tertentu yang mesti difahami. Ia perlu difahami oleh penulis agar blog anda mendapat traffik yang tinggi. Tidak hanya pengunjung yang perlu diberi perhatian tetapi ia perlukan satu tarikan agar pengunjung blog menjadi pengunjung setia. Jadikan mereka tidak sabar untuk membaca artikel anda seterusnya.
Sebagai penulis blog, anda perlu faham beberapa perkara asas yang mesti dilakukan sebelum post anda mendapat perhatian google dan melaluinya anda akan memperolhi traffik.
Perkara utama yang perlu diberi perhatian semasa anda menulis didalam blog ialah :
1. Tajuk
Tajuk Post anda mesti menarik perhatian, anda hanya mempunyai beberapa saat sahaja untuk menarik perhatian pembaca agar berminat untuk membaca apa yang ingin anda sampaikan.
2. Keyword
Perkara paling PENTING yang seboleh-bolehnya MESTI ada didalam tajuk dan kandungan POST anda. Letakkan 3 hingga 5 keyword dalam kandungan artikel yang anda tulis. Inilah perkara yang akan diambil perhatian oleh pihak google semasa crawl blog anda.
3. Pautan (Link)
Buat pautan atau link pada mana-mana perkataan yang bersesuaian kepada blog yang mempunyai pautan dengan blog anda. Buat 6 ke 7 pautan kemana-mana blog. Yang paling utama pastikan anda membuat pautan dengan website jualan anda.
4. Gambar
Ia menjadi salah satu faktor penting untuk menarik perhatian pembaca. Melalui tajuk dan gambar inilah yang boleh menjadikan pembaca ingin tahu apa yang ingin anda sampaikan.
Pastikan anda melakukan 4 perkara diatas apabila anda menulis. Beri perhatian dan pastikan ia di praktikkan setiap kali anda menulis dan POST artikel dalam blog anda.